Rangkaian
terdiri daripada dua atau lebih komputer yang dihubungkan untuk berkongsi
sumber (seperti pencetak dan pemacu CD), pertukaran fail dan membenarkan komunikasi
secara elektronik. Komputer dalam rangkaian boleh dihubungkan melalui kabel,
talian telefon, gelombang radio, satelit, bluetooth dan cahaya inframerah
(infrared).
Pada
tahun 1972, Roy Tomlinson telah membangunkan satu aplikasi iaitu Mel Elektronik
(emel) untuk penyelidikan ARPANET. Aplikasi tersebut mendapat sambutan baik
pada ketika itu dan pada waktu yang sama "at" atau "pada"
([@]) diperkenalkan sebagai ikon dari emel tersebut. Pada tahun 1973,
jaringan komputer yang diberi nama ARPANET mulai dikembangkan meluas keluar
dari Amerika Syarikat. University College di London merupakan komputer anggota
rangkaian ARPANET pertama di luar Amerika Syarikat. Pada tahun yang sama
dua orang ahli komputer Vinton Cerf dan Bob Kahn membentangkan sebuah gagasan
yang lebih besar yang menjadi pengasas pemikiran rangkaian antarabangsa (International Network) iaitu Internet.
Idea ini dipersembahkan untuk pertama kalinya di Sussex University.
Pada 26 Mac 1976, dimana pada masa itu ratu Inggeris telah berjaya mengirimkan sebuah emel dari Royal Signals and Radar Establishment di Malvern. Setahun kemudian, lebih dari 100 komputer telah bergabung dalam sistem ARPANET dan membentuk sebuah rangkaian atau Network.
Pada
tahun 1979, Tom Truscott, Jim Ellis, dan Steve Bellovin telah mencipta
Newsgroups pertama yang dikenali sebagai USENET (User Network). Pada tahun
1981, France Telecom telahn mencipta dan melancarkan telefon televisyen pertama
dunia (pengguna dapat saling berhubung antara satu sama lain dengan menggunakan
pautan video (video link)).
Seiring dengan bertambahnya komputer yang membentuk rangkaian, sebuah protokol rasmi yang dapat diakui dan diterima oleh semua rangkaian diperlukan. Pada tahun 1982, sebuah jawatankuasa Transmission Control Protocol (TCP) atau lebih dikenal dengan sebutan Internet Protocol (IP) telah dibentuk. Sementara itu di Eropah muncul sebuah rangkaian saingan yang dikenali sebagai Europe Network (EUNET) yang meliputi wilayah Belanda, Inggeris, Denmark, dan Sweden. Jaringan EUNET ini mennggunakan emel dan newsgroup USENET.
Pada
tahun 1984, sebuah sistem dengan nama DOMAIN atau lebih dikenali sebagai Domain
Name System (DNS) telah diperkenalkan. Tujuannya adalah
untuk menyeragamkan semua alamat rangkaian komputer yang sudah ada di
dalam sistem DNS komputer yang bersambung dengan jaringan yang melebihi 1000
buah komputer. Pada tahun 1987, bilangan komputer yang bersambung ke rangkaian
telah melonjak 10 kali ganda dan menjadi 10000 buah lebih komputer.
Pada tahun 1988, Jarkko Oikarinen yang berasal dari Finland telah mencipta dan memperkenalkan Internet Relay Chat (IRC) dimana ia membolehkan dua orang atau lebih pengguna komputer berinteraksi secara langsung dengan penghantar mesej (chatting). Setahun kemudian jumlah komputer yang saling berhubungan melonjak ke 100000 buah komputer. Pada pertengahan tahun 1990, ini adalah tahun yang paling bersejarah dimana Tim Berners Lee ketika itu telah merancang sebuah program editor dan pelayar (browser) yang dapat melayari komputer dalam rangkaian. Program ini dikenali sebagai WWW atau World WideWeb.
Pada
tahun 1992, komputer yang telah membentuk rangkaian sudah melebihi 1000000 buah
komputer. Pada tahun yang sama, muncul satu istilah baru iaitu Surfing (menjelajah). Pada tahun 1994,
laman sesawang (website) dunia mulai tumbuh dengan subur (terdapat 3000 alamat
halaman) dan pertama kalinya Virtual Shopping
atau e-retail muncul dalam pelbagai
situasi. Dunia berubah sejajar dengan adanya Enjin Carian (Search Engine) yang
pertama, iaitu Yahoo yang dibangunkan oleh David Filo dan Jerry pada bulan
April 1994. Pada hujung tahun 1994, Netscape Navigator 1.0 telah
dilancarkan.
1.2 Maksud Rangkaian
Rangkaian
terdiri daripada dua atau lebih komputer yang dihubungkan untuk berkongsi
sumber (seperti pencetak dan pemacu CD), pertukaran fail dan membenarkan
komunikasi secara elektronik. Komputer dalam rangkaian boleh dihubungkan
melalui kabel, talian telefon, gelombang radio, satelit, bluetooth dan cahaya
inframerah (infrared).
1.3 Kegunaan Rangkaian
1.
Berkongsi fail - rangkaian membolehkan
pengguna berkongsi data dan menyimpan salinan data (backup) kepada komputer yang
berbeza, contoh berkongsi gambar, fail muzik dan dokumen.
2.
Berkongsi peranti – Pengguna dapat berkongsi
peranti pencetak mesin faks, modem, pengimbas dan pemacu CD-ROM dengan pengguna
yang lain.
3.
Berkongsi akses internet – Rangkaian komputer
membenarkan pengguna mengakses internet secara serentak tanpa perlu membayar
ISP untuk beberapa akaun.
4.
Pengurusan perisian
berpusat -
Salah satu manfaat yang besar bagi memasang rangkaian adalah semua perisian
boleh dimuatkan di dalam komputer pelayan (server). Komputer pelanggan (client)
dapat berkongsi perisian dengan pelayan. Ini menjimatkan masa pemasangan
perisian.
5.
Mel Elektronik (E-Mel) - Di syarikat yang besar,
emel atau alat mesej segera (instant
messaging tools) digunakan untuk berkomunikasi dengan cepat dan untuk
menyimpan mesej untuk rujukan masa hadapan. Contoh, mel elektronik di rangkaian
kawasan setempat membolehkan murid berkomunikasi dengan guru dan rakan sebaya
di dalam rangkaian sekolah mereka sendiri (intranet seperti VLE FROG).
1.4 Jenis Rangkaian
Rangkaian Kawasan Setempat (Local Area Network - LAN)
Rangkaian kawasan setempat adalah sekumpulan
komputer dan peranti yang disambung bersama-sama yang biasanya di bangunan yang
sama seperti di kawasan fizikal yang kecil, seperti rumah, pejabat, atau sekumpulan kecil bangunan seperti sekolah
atau lapangan terbang. Bentuk LAN yang
paling mudah adalah dua buah komputer berhubung menerusi wayar atau
tanpa wayar.
Rangkaian Kawasan Metropolitan (Metropolitan Area
Network – MAN)
MAN lazimnya meliputi suatu kawasan georgafi yang
agak luas berbanding dengan rangkaian yang diliputi oleh LAN. Ia beroperasi di
bandar–bandar, gabungan beberapa buah sekolah ataupun di sesebuah daerah. MAN
menyediakan perkhidmatan yang lebih dari LAN termasuk gabungan suara, data,
imej dan video.
Antara ciri–ciri MAN ialah sambungan rangkaian
melebihi 100 buah komputer. MAN menggunakan media penghantaran berprestasi
tinggi (gentian optik) dan menjangkau seluruh bandar. MAN juga dikaitkan dengan
Bandar bestari yang menyediakan rangkaian khas untuk sesuatu bandar misalnya
Putrajaya dan Cyberjaya.
No comments:
Post a Comment