2.1 Komponen Rangkaian
Perkakasan rangkaian komputer terdiri daripada :
2.1.1 Kabel
rangkaian
2.1.2 Kad antaramuka rangkaian (NIC)
2.1.3 Hab
2.1.4 Suis
(Switch)
2.1.5 Modem
2.1.6 Penghala
(Router)
2.1.7 Titik
pusat tanpa wayar (Wireless Access point)
Contoh Perkakasan Komputer
2.1.1 Kabel
Rangkaian dan RJ45
Rajah 2.1.1: Kabel RJ45
·
Digunakan untuk menghubungkan komputer ke
peranti dan peranti ke peranti dan sambungan ke rangkaian internet.
·
Adalah
perkakasan yang digunakan untuk menghubungkan komputer dan peranti yang
terdapat dalam rangkaian secara berwayar.
2.1.2 Kad
Antaramuka Rangkaian (Network Interface Card, NIC)
Rajah
2.1. 2: Kad Antaramuka Rangkaian
·
Kad antaramuka rangkaian
merupakan satu peranti yang digunakan oleh
komputer untuk berkomunikasi di dalam
rangkaian.
·
Peranti komunikasi yang
membolehkan sesebuah komputer mengakses rangkaian dengan menyediakan port
rangkaian untuk sambungan ke kabel rangkaian.
·
Membolehkan komputer
berhubung sesama sendiri.
·
Kad antaramuka untuk
komputer meja dan komputer riba berbeza dari segi bentuk dan rupa tetapi
fungsinya adalah sama.
2.1.3 Hab
· Peranti komunikasi ini berfungsi
untuk menyambungkan beberapa komputer dan peranti di dalam satu rangkaian
kawasan setempat (LAN).
· Hab mempunyai port
rangkaian. Apabila data tiba di suatu port rangkaian, data akan disalin ke port
rangkaian yang lain supaya semua peranti dalam rangkaian boleh menerima data
berkenaan.
· Hab adalah sebuah peranti yang berfungsi sebagai
titik pusat bagi kabel - kabel dalam sesebuah rangkaian.
2.1.4
Suis
(Switch)
·
Peranti komunikasi ini mempunyai fungsi yang
sama dengan hab. Alat ini seakan sama dengan hab tetapi ia lebih berupaya
menyemak data yang telah diterima, menetukan alat penerima dan menghantar data
tersebut dengan tepat.
·
Suis merupakan perkakasan
rangkaian yang akan memilih laluan semasa penghantaran data
kepada destinasinya.
2.1.5 Modem
Rajah
2.1.5: Modem
·
Alat ini membolehkan
komputer menghantar data melalui talian telefon
atau kabel.
·
Merupakan peranti yang
menukar isyarat komputer berbentuk digital ke isyarat bentuk analog dan
sebaliknya untuk mendapat sambungan ke Internet.
2.1.6 Penghala
(Router)
Rajah
2.1.6 : Penghala
·
Penghala membawa data daripada satu rangkaian
kepada rangkaian yang lain.
·
|
|
·
Peranti rangkaian
komunikasi ini mempercepatkan
penyampaian data melalui laluan yang terbaik. Penghala juga berfungsi
sebagai penghubung rangkaian yang berbeza.
Kini, teknologi penghala telah berkembang dan semakin maju di
mana penghala, modem dan suis telah digabungkan di dalam satu komponen. Ini
lebih memudahkan pengguna untuk menggunakan satu komponen sahaja yang terdiri
daripada ketiga-tiga kompenen tersebut.
Rajah 2.1.6.: Penghala
(Wireless N-150 ADSL2+ 4-Port Router All in One)
2.1.7 Titik pusat
tanpa wayar (Wireless Access point)
Rajah
2.1.7: Titik pusat tanpa wayar
·
Alat ini menghubungkan
data komunikasi wayar untuk membentuk satu
rangkaian tanpa wayar.
·
Alat ini merupakan sebuah
peranti komunikasi yang berfungsi sebagai pusat penghantaran dan penerimaan
gelombang radio tanpa wayar di dalam sesebuah rangkaian.
·
Alat ini berperanan
seperti tiang penerima dan penghantar isyarat kepada peranti-peranti lain.
·
Titik capaian tanpa wayar
tidak boleh berdiri sendiri untuk membuat sambungan ke internet. Ia perlu
disambungkan ke hab, suis atau penghala untuk menghantar dan menerima isyarat
dari peranti lain.
Perbezaan Antara Hab Dan Suis
Perbezaan
utama di antara hab dan suis adalah cara di mana mereka berhubung dengan
rangkaian.
|
HAB
|
SUIS
|
|
·
Hab menghantar data ke semua peranti dan penerima yang
terdapat di dalam sebuah rangkaian.
|
·
Suis mempunyai keupayaan yang mampu menyimpan alamat
semua peranti yang disambungkan kepadanya.
|
|
·
Keselamatan data biasanya terjejas kerana semua peranti
penerima dalam rangkaian boleh menerima semua data yang dihantar oleh hab.
|
·
Suis dapat mengesan peranti yang bersambung dengannya
dan menghantar data hanya kepada peranti yang dikehendaki dengan lebih
pantas.
|
|
·
Hab menghantar data ke semua peranti, maka hal ini akan
memperlahankan penyampaian data kerana kesesakan dalam jalur lebarnya.
|
·
Suis lebih pintar berbanding hab. Suis yang mempunyai
kelajuan 10 mbps mampu mengagihkan 10 mbps ke setiap port yang ada.
|
|
·
Hab lebih murah berbanding suis.
|
·
Suis lebih mahal berbanding hab.
|
2.2
Medium Rangkaian Wayar Dan Tan
2.2.1 Medium
rangkaian wayar
Kabel rangkaian masih digunakan sebagai
media penghantaran untuk pemindahan data dalam rangkaian. Terdapat beberapa
jenis kabel rangkaian yang biasa digunakan.
2.2.1.1 Kabel
sepaksi tebal (thick coaxial cable)
Rajah 2.2.1.1: Kabel Sepaksi Tebal
Digunakan untuk jarak yang jauh.
Panjang maksima segmen ialah 500 meter. Piawaian untuk kabel ini ialah 10Base5.
2.2.1.2 Kabel
sepaksi nipis (thin coaxial cable)
Rajah 2.2.1.2 : Kabel Sepaksi Nipis
Digunakan untuk jarak yang
pendek dengan panjang maksimum segmen 185m. Piawaian untuk kabel ini ialah
10Base2.
2.2.1.3 Kabel
pasangan terpiuh (twisted-pair cable)
Rajah 2.2.1.3: Kabel pasangan terpiuh
Jenis kabel ini diklasifikasikan
mengikut kategori yang ditetapkan oleh EIA/TIA (Electronic Industry Association/Telecommunication Industry
Association). Cat 5, Cat 5e dan Cat 6 merupakan jenis kabel yang digunakan
untuk rangkaian Ethernet.
2.2.1.4 Pasangan
terpiuh tidak bertebat (unshielded-twisted pair)
Rajah 2.2.1.4: Kabel pasangan terpiuh tidak bertebat
Kos yang rendah dan mudah
terpengaruh dengan gangguan daripada radio dan peralatan elektrik yang
berdekatan.
2.2.1.5 Pasangan
terpiuh bertebat (shieled-twisted pair)
Rajah 2.2.1.5: Kabel pasangan terpiuh bertebat
Lebih sesuai digunakan di tempat
yang terdapat gangguan elektrik berbanding kabel terpiuh tidak bertebat.
2.2.1.6 Kabel
gentian optik (Fiber Optic Cable)
Rajah 2.2.1.6: Kabel gentian
optik
Kabel gentian optik dapat menghantar
data dengan lebih laju dan jarak yang lebih jauh berbanding kabel sepaksi dan
kabel pasangan terpiuh. Ia lebih sukar dipasang berbanding dengan kabel kuprum.
2.2.2 Medium Rangkaian Tanpa Wayar
Hanya peralatan yang telah melepasi ujian Wi-Fi Alliance® dibenarkan
menggunakan logo yang dikeluarkan oleh mereka.
Rajah
2.2.2.1: Logo Wi-Fi
Kelebihan
menggunakan Wi-Fi adalah seperti berikut:
·
Mudah: Anda boleh menyambungkan
komputer di rumah atau sekolah tanpa wayar. Komputer yang disambungkan ke rangkaian boleh berada sehingga 30
meter.
·
Kos: Rangkaian Tanpa Wayar mudah untuk
dipasang dan tidak mahal.
Rangkaian tanpa wayar ialah perpindahan maklumat antara satu titik ke titik yang lain yang tidak berhubung secara
fizikal. Ia juga dalam jarak yang dekat, seperti beberapa meter atau jarak yang sangat jauh.
Penggunaan Wi-Fi
adalah merujuk kepada sistem rangkaian pautan tanpa
wayar yang menggunakan hubungan jalur lebar
(broadband), titik capaian (access point) dan kad Wi-Fi
yang di pasang di dalam komputer bagi membolehkan pengguna berkongsi fail dan pencetak serta melayari internet sama seperti rangkaian LAN biasa.
Terdapat dua jenis topologi rangkaian tanpa wayar iaitu peer-to-peer dan client-server. Dalam rangkaian tanpa wayar, peer-to-peer rangkaian akan berhubung dengan setiap komputer yang
ada dalam rangkaian dengan lebih mudah dan secara langsung. Manakala bagi
rangkaian tanpa wayar, client-server
pula, terdapat titik capaian (access
point) untuk membolehkan komputer menerima dan menghantar data menerusi
titik ini kepada semua komputer yang dicapai oleh rangkaian.
Terdapat empat jenis rangkaian tanpa wayar yang mana ia
dibahagikan mengikut kelajuan capaian rangkaian dan kos untuk
mengimplimentasinya.
i.
Bluetooth
ii.
IrDA
iii.
HomeRF
(SWAP)
iv.
Wi-Fi
Bluetooth
Teknologi ini tidak digunakan secara meluas dan ia tidak
mampu menggantikan rangkaian berkelajuan tinggi di antara komputer. Bluetooth berspesifikasi untuk
menggunakan radio berkuasa rendah untuk menghubungkan telefon dan komputer
dalam jarak yang pendek tanpa wayar. Topologi Bluetooth dikenali sebagai piconet atau PAN (personal area network). Piconet
mengandungi sekurang-kurangnya dua hingga maksimum lapan peranti Bluetooth dalam rangkaiannya. Bluetooth mempunyai pelbagai versi yang
berbeza dari segi jarak dan juga kelajuannya. Bluetooth 1.2 mempunyai jarak maksima 10 meter (30 kaki) dan
kelajuan sehingga 1 Mbps. Bluethooth 1.2 menggunakan isyarat radio dalam jarak
2.4 Ghz atau yang sama dengan Wifi.
IrDA
IrDA (Inframerah) adalah sebuah piawaian untuk perhubungan
peranti dengan menggunakan cahaya inframerah. Cara inilah alat kawalan jauh
berfungsi dan ia bergerak dengan kelajuan 4Mbps di samping bergerak dalam
aliran yang lurus.
SWAP
HomeRF (RF atau Radio Frequency) telah mewujudkan satu
piawaian yang dipanggil Shared Wireless
Access Protocol atau SWAP. SWAP mempunyai enam saluran suara
berdasarkan kepada standard Digital
Enhanced Cordless Telecommunications (DECT) dan spesifikasi tanpa wayar Ethernet 802.11 untuk data. Peranti SWAP melakukan 50 loncatan sesaat dan
memancar pada 1 Mbps. Keberkesanan bergantung kepada pengeluar dan jumlah
gangguan yang ada di kawasan yang digunakan.
Wi-Fi
Wireless
Ethernet Compatibility Alliance (WECA) yang
kini dikenali sebagai Wi-Fi Alliance telah
mengemukakan Wi-Fi (wireless fidelity)
sebagai alternatif kepada SWAP. la
serasi dengan salah satu spesifikasi IEEE 802.11, iaitu IEEE 802.11b. Dengan
keserasian kepada 802.11b, perantinya mampu berkomunikasi pada kelajuan 11
Mbps. Walaupun capaian maksimanya ialah 11 Mbps tetapi kelajuan ini tidak tetap
dan boleh menurun sehingga 1 Mbps. Namun Wi-Fi
tetap stabil dan mampu memberikan sokongan yang baik kepada rangkaian.
Selain daripada IEEE 802.11b, terdapat set-set spesifikasi
yang lain seperti 802.11a, 802.11g, 802.11n dan 802.11ac.
Rajah 2.2.2.2 : Rangkaian berwayar
Rajah 2.2.2.3: Gabungan rangkaian wayar dan rangkaian tanpa
wayar
Sistem
Pengendalian Rangkaian (NOS) merujuk kepada perisian yang melaksanakan sistem
pengoperasian ke atas rangkaian komputer.
Fungsi
Sistem Pengendalian Rangkaian:
1.
Membolehkan
pelayan menguruskan data, pengguna, kumpulan, keselamatan, aplikasi dan
lain-lain fungsi rangkaian.
2.
Membenarkan
perkongsian fail/maklumat dan akses pencetak oleh pengguna dalam rangkaian.
3.
Mengawal
dan menguruskan semua aktiviti yang dijalankan oleh pelbagai komputer di dalam
rangkaian. Sistem Pengoperasian Rangkaian bertindak sebagai pengarah untuk
memastikan perjalanan rangkaian ini dapat berfungsi dengan sempurna dan sistematik.
Contoh
Sistem Pengendalian Rangkaian :
1.
Rakan ke
Rakan
(Peer to Peer):
AppleShare,
NetWare Lite dan Windows for WorkGroup.
2.
Pelanggan-Pelayan (Client-Server):
























No comments:
Post a Comment