4.1 Maksud Internet
Internet atau Net adalah rangkaian komputer yang terbesar di dunia yang menghubungkan berjuta-juta komputer di seluruh dunia. Kebanyakkan
organisasi termasuk agensi kerajaan, swasta,
institusi pendidikan dan individu yang telah disambungkan ke
Internet.
4.2 Perkhidmatan Internet
Manusia menggunakan pelbagai alasan dalam menggunakan internet seperti komunikasi, pembangunan dan
penyelidikan, perbankan dan pelaburan, perdagangan atas talian, organisasi
informasi, peribadi, hiburan, berkongsi
maklumat aplikasi web, muat turun video, emel, berbual secara dalam
talian (chatting) dan lain-lain.
Pembekal
perkhidmatan internet merujuk kepada organisasi yang membekalkan pengguna
dengan capaian internet dan khidmat-khidmat yang berkaitan. Pada awalnya,
pembekal perkhidmatan Internet merupakan
syarikat telefon. Kini, sesiapa sahaja yang mempunyai wang dan kepakaran boleh
melakukannya. Di Malaysia, terdapat beberapa ISP yang menyediakan perkhidmatan
internet kepada pengguna. Antaranya ialah TMNet, Jaring, Maxis, Celcom, Digi, P1WiMax
dan Yes.
4.3 Pengkelasan Laman Web
Pada
asalnya laman web hanya merupakan laman bermaklumat yang berasaskan teks sahaja. Laman web pada masa itu berfungsi untuk
mendapatkan maklumat dan informasi. Sekarang
dengan adanya World Wide Web atau
Internet maka wujudnya laman web dari pada pelbagai jenis dan kategori.
Terdapat 13 jenis laman web dan ada yang jenis hibrid.
4.4 Penerangan
Url
Setiap laman web mempunyai alamatnya sendiri yang dikenali sebagai URL (Uniform Resoure Locator) seperti berikut:
Setiap laman web mempunyai alamatnya sendiri yang dikenali sebagai URL (Uniform Resoure Locator) seperti berikut:
Perbezaan HTTP dengan HTTPS
Hypertext Transfer Protocol (HTTP) ialah
rangkaian komunikasi yang biasa digunakan pada laman web seperti blog yang
tidak melibatkan pemindahan maklumat sulit seperti kad kredit. Hypertext Transfer Protocol
Secure (HTTPS) pula bekerja dengan SSL di mana
SSL Digital Certificate perlu
dipasang ke web server terlebih dahulu sebelum menggunakan HTTPS. Biasanya HTTPS digunakan pada laman
web yang melibatkan pemindahan maklumat sensitif ke web server. Contohnya laman web perbankan atas talian, e-mel, dan
laman web e-dagang (e-commerce). Kebiasaannya HTTPS dijual oleh penyelia web hosting. SSL Digital
Certificate yang termurah di pasaran adalah Rapid SSL dan sesuai digunakan
pada laman e-dagang.
Sekiranya
laman web meminta memasukkan maklumat kad kredit anda pastikan alamat tersebut
bermula dengan https:// tetapi sekiranya tidak
jangan masukkan demi keselamatan anda.
4.5 Perbezaan Web 1.0, Web 2.0 Dan Web 3.0 (Semantic
Website)
1
Web 1.0
Web
1.0 merupakan teknologi web generasi pertama yang merupakan
revolusi baru di dunia internet kerana telah mengubah cara kerja dunia industri
dan media. Pada dasarnya, laman web (website)
yang dibangun pada generasi pertama ini secara umum dikembangkan untuk
pengaksesan informasi dan memiliki sifat yang sedikit interaktif. Pada
era Web 1.0,
apabila anda membuka internet browser
dan mulai mencari informasi, anda akan dapati teknologi bagaikan sebuah buku
raksasa, iaitu anda harus mencari halaman demi halaman untuk menemukan
informasi tersebut.
2
Web 2.0
Istilah Web 2.0 pertama kalinya diperkenalkan oleh O’Reilly Media pada
tahun 2004 sebagai teknologi web generasi kedua yang memberi kemudahan
interaksi yang lebih bebas antara satu dengan lain seperti kolaborasi dan
kongsi informasi secara dalam talian. Contoh
Web 2.0 ialah youtube, wiki,
flickr, facebook, word processing,
spreadsheeting, free web-based, online
banking dan e-mel. Pada era Web 2.0,
anda boleh membuka internet browser dan
mencari informasi, anda dapat berkongsi maklumat, berkomunikasi dan bertukar
fikiran dengan pengguna internet yang lain. Informasi yang diperolehi adalah
lebih lengkap. Contohnya,sebelum ini ensiklopedia.com menyajikan semua informasi
yang anda perlukan. Namun kini,
wikipedia.com menyajikan seluruh pengetahuan yang anda ketahui kepada orang
lain. Selain itu, setiap orang boleh menyumbangkan idea dan pengetahuan mereka
pada laman tersebut dan menjadikan informasi semakin padat dan lengkap.
3
Web 3.0
Menurut John
Markoff
(2006), terdapat konsep web masa depan di mana arah perkembangan teknologi web
selanjutnya melebihi Web 2.0, iaitu Web 3.0. Konsep Web 3.0 adalah smart internet experience atau intelligent internet experience.
Menurut Nova Spivack perkembangan Web 3.0 akan
berkisar pada tahun 2010-2030. Beliau ialah pakar dan perintis dalam bidang Semantic
Web. Semantic Web adalah salah satu komponen atau syarat paling penting dari
konsep web 3.0. Era Web 3.0 Semantic Web adalah website yang dilengkapi dengan ciri
komputer yang dapat berfikir. Namun melalui Semantic Web diharapkan komputer
dapat menggantikan peranan manusia untuk “berfikir, menganalisis dan
menentukan” informasi yang sedang dicari.
Contohnya, apabila anda mencari perkataan “kuda”, anda akan memperoleh
semua informasi/data biologi tentang spesies kuda termasuk mainan berbentuk kuda,
DVD tentang kuda dan pelbagai maklumat berkaitan kuda.
Web 1.0
|
Tertutup, individual publishing, komunikasi sehala, penglibatan
pasif membaca sahaja laman web
persendirian.
|
Web 2.0
|
Kolaborasi, penglibatan berkumpulan, komunikasi 2
hala, penglibatan yang aktif, pengguna
– menjana kandungan dan blogging, print
and digital – unfiltered
“The social web”.
|
Web 3.0
|
Aplikasi dinamik, perkhidmatan interaktif “The intelligent Web” digital, dynamic – filtered.
|
Perbezaan Web 1.0,
Web 2.0 dan Web 3.0 (Semantic Website)
Dalam memilih antara champagne vs gold, warna champagne lebih sesuai untuk rekaan moden yang tenang. Ia kelihatan lebih profesional dan kurang mencolok. Ketahui perbezaannya dalam artikel champagne vs gold ini.
ReplyDelete